SuriRumah Cara Saya
Teks : Dejaa Khalim
Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebut sahaja surirumah yang terpahat dalam benak kepala ramai diluar sana adalah GOLONGAN YANG DUDUK DI RUMAH sepenuh masa bukan?
Ye memang betul kebanyakkan masa golongan ini banyak dihabiskan dirumah sahaja.. Kebanyakkan nya hampir tiada masa langsung untuk sebarang aktiviti lain selain dengan DUNIA RUMAHTANGGA..
اَللّهُ اَكْبَرُ Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bertapa golongan ini buka sahaja mata pada paginya maka bermulalah episod kerja sampai membawa ke malam hari kan.. Malah kadang-kadang kebanyakkan dari mereka hampir tiada masa rehat kerana aktiviti mereka telah penuh dengan JADUAL KERJA yang tiada GAJI seumur hidup..
Saya amatlah respect dengan golongan mereka ini, bagi saya mereka ini sangatlah KUAT mental dan FIZIKAL nya..Bukan calang-calang mampu mengalas tanggungjawab ini kalau tidak faham erti makna TANGGUNGJAWAB kerana ALLAH SWT..
Sebelum saya berhenti kerja saya akui saya banyak jadi surirumah ketika saya tidak bekerja/ cuti.. Saya amatlah STRESS walaupun baru sehari saya menggalas TITLE surirumah tu.. Jujur saya katakan, lebih banik saya bekerja sahaja pada hari saya bercuti..
Kerana STRESS bekerja ada GAJI dengan STRESS bekerja TIDAK ADA GAJI amatlah ketara pebezaannya.. Itulah sebabnya saya sehingga kini amat menghormati mereka yang berjaya menggalas TITLE SURIRUMAH sepenuh masa.
Kini saya boleh dikatakan hampir berjaya menguruskan TANGGUNGJAWAB yang di AMANAHkan pada saya oleh ALLAH SWT.. Bagi saya kalau kita terus mengharapkan DUNIA..makanya kita akan dapat DUNIA.. tetapi kalau kita lakukan hanya kerana ALLAH SWT ان شاء الله ALLAH akan permudahkanNYA. Begitulah saya pada mulanya amatlah STRESS, kadang-kadang tu rasa nak GILA menghadap urusan kerja yang tak mungkin pernah selesai..
اَلْحَمْدُلِلّهِ Setiap berlaku buruk, baik pasti ada dengan izinNYA.. pada saat saya KELIRU dengan AMANAH yang ALLAH kurniakan pada saya sebagai seorang IBU, ISTERI, WANITA maka ALLAH datangkan pada saya sesuatu cara yang boleh bantu saya selesaikan sedikit sebanyak urusan RUMAHTANGGA saya..
Mungkin juga kerana kerjaya saya dahulu memaksa saya perlu mengikut segala yang telah ditetapkan oleh skop kerjaya atau kita panggil SOP sesuatu SKOP KERJA, maka lahirlah satu idea yang saya FORMULA yang perlu saya kongsikan pada kaum IBU diluar sana.
Ok begini saya akan senaraikan semua kerja yang perlu saya lakukan setiap hari, kemudian saya akan asingkan mengikut keperluan dan keutamaan mengikut masa yang tertentu..
Contohnya:
Saya tetapkan urusan saya bermula dari pukul 8.30am- 11.30am untuk urusan CLEAN HOME. kerana pada pukul 12.00 tengah hari saya kena pickup anak saya balik dari TADIKA..dan pada pukul 3.00 petang pula saya kena ambil anak saya dari sekolah..
Rutin ini adalah tetap dan tak kan berubah sekali-kali bukan!! Antara masa 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang saya akan pastikan Juadah Tengah Hari telah tersedia hidang.
Seterusnya saya akan buatkan dalam excel kalau ada yang nak boleh komen kat ruangan komen yer..
Ianya sangat simple dan praktikal untuk diikuti, cukup kitaran selama seminggu bermula hari AHAD hinggalah ke hari ISNIN..dan apabila ianya dilakukan berulang kali makanya secara tidak langsung akan melatih HABIT untuk kita lakukan. Malah anak-anak saya juga secara langsung akan terDIDIK dengan HABIT yang UMMI dia praktikan..
Kenapa saya pilih CLEAN HOME sebagai aktiviti yang perlu ada SOP? Jawapan saya senang sahaja kerana hanya golongan SURIRUMAH sahaja yang tahu bertapa STRESS nya nak memastikan RUMAH sentiasa bersih bukan? dan dalam banyak-banyak urusan, mengemas rumah lah yang paling BERAT dan menyeksakan..
Oklah saya kongsikan kat sini yer.
MY WEEKLY CLEAN HOME.
Isnin
Hari Rumah Saya
- Sapu Sampah
- Vakum Lantai dan Sofa
- Lapkan TV & Remote
- Cuci Unit-unit lain (dekoder dsb)
- Cuci Tingkap
Selasa
Hari Bilik Tidur Saya
- Tukar Cadar
- Kutip Kain Kotor
- Cuci TV dan lain-lain
- Vakum Lantai
- Cuci Bersih
Rabu
Hari Bilik Air Saya
- Cuci Cermin
- Cuci Tandas, Sinki, Tab
- Cuci Lantai Dan Dinding
- Kosong dan Buang Sampah
Khamis
Hari Dapur Saya
- Keluarkan Semua Barang Dari Peti Ais dan cuci
- Bersihkan sinki dan sekitarnya
- Cuci bersih kabinet
- Cuci lantai dan dinding
Jumaat
Hari Kain-Kain Saya
- Basuh baju
- Bersihkan Katil
- Basuh Tuala
- Cuci dan Lapkan Mesin Basuh
- Mop lantai
Sabtu/ Ahad
Hari Ikut Hati (Task Ikut Keperluan)
- Gosok Baju
- Asingkan Baju Yang nak dibasuh, dilipat
Sekian sahaja lah TASK yang saya susun aturkan..setakat hari ini, ianya amat membantu saya menjadi lebih ORGANISE tersusun atur..saya harap perkongsian saya ini akan membantu kaum golongan saya akan keluar dari STRESS nya kerjaya sebagai SURIRUMAH..
#SuriBeraniKaya
Leave a Comment