Kenali Saya

Task : Dejaa Khalim


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Assalamualaikum Wr. Wb




Salam Dunia dan Akhirat buat kalian yang bakal menjadi sahabat blog saya.. Di sini saya mahu memperkenalkan serba sedikit siapa empunya diri ini.

Alhamdulillah dengan berkat izin ALLAH SWT pada tarikh keramat 9hb November 2018 ni, saya diberikan kekuatan untuk mula menulis di dalam blog kesayangan saya..

Untuk pengetahuan semua, telah lama saya ingin menulis tetapi tiada kekuatan, ianya hanya impian yang tinggal impian, sehinggalah pada penghujung bulan OKTOBER yang lalu saya telah ditemukan dengan team yang amat menyokong antara satu sama lain dalam bidang blogging ni..

Kini saya telah ada blog sendiri yang diberi nama JURNAL ONLINE KHADIJAH. Rasanya satu kepuasan dapat menulis dalam entri yang pertama ini.. Saya sangat teruja untuk berkongsi segala-galanya dalam blog ini..baik dari segi kehidupan, perjalanan bisnes hingga lah ke pengalaman jatuh bangun saya selama 38 tahun Allah beri kan KURNIA nikmat PINJAMAN NYAWA kepada saya..

Allahuakbar..


Izinkan saya perkenalkan nama sebenar saya adalah KHADIJAH BINTI ABDUL KHALIM, saya lebih dikenali dengan nama panggillan EYKA dikalangan sahabat handai online saya.. Saya kini telahpun menjangkau umur hujung 30an, saya telah pun berkahwin dan dikurniakan ALLAH SWT cahayamata hati saya seramai 4 orang.. 

2 perempuan dan 2 lelaki.. Subhanallah sehingga ke hari ini saya sendiri tak percaya umur anak-anak saya dah hampir ke belasan tahun..Mungkin faktor kahwin awal saya kut, makanya saya diberikan ALLAH SWT keistimewaan untuk menimang cahayamata pertama saya pada umur saya 25tahun.. kini anak sulung saya telahpun genap umurnya 13tahun dan yang paling bongsu umurnya kini berusia 2tahun 8bulan..

Alhamdulillah ALLAH limpahi saya dengan kasih sayangnya.. ALLAH berikan saya seorang suami yang lebih dikenali sebagai ZCT, yang amat memahami dan menyayangi saya sepenuh hatinya..Dunia saya adalah dia.. dan begitulah sebaliknya.. Umur kami tak banyak bezanya masih lagi hujung 30an.. Bagi saya dialah kawan..dialah musuh saya.. dan yang paling BEST dia adalah bisnes partner saya sendiri..

Oklah saya teruskan siapa saya sebenarnya lagi ye.. saya dahulunya adalah bekas seorang Jururawat Terlatih U29. Saya mendapat diploma kejuruwatan ketika umur saya 24tahun, selama 8tahun saya berkhidmat di pelbagai HOSPITAL di Malaysia ni.. Khidmat terakhir saya adalah di HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan dibahagian UNIT HEAMODIALISIS. 

Kini saya telah hampir 6 tahun meninggalkan kerjaya Jururawat  kesayangan saya..dan selama ini jugalah berbagai-bagai pengalaman kerja, pengalaman berpartner, pengalaman hidup telah berlaku dengan izinNYA..

Alhamdulillah kini saya lebih fokus membantu suami saya menaikkan syarikat kami berdua supaya ianya boleh meninggalkan LEGASI kepada anak-anak kami suatu hari nanti..

Selama tidak berkhidmat makan gaji dengan kerajaan bermacam-macam kerja yang saya buat, dan masih segar ingatan saya sehingga ke hari ini dimana kerjaya pertama saya adalah menjadi Agent Unit Trust (UTC). Pengalaman saya hampir 2tahun menguruskan kewangan untuk para pelabur banyak mengajar siapa saya hari ini..

Memang sikap saya suka belajar benda-benda yang baru, zaman saya buat UTC mas atu tak de lagi FACEBOOK dan lain-lain.. kalau ada pun sumpah saya tak tahu bagaimana nak menggunapakai benda alah tu..

Cari punya cari ALLAH temukan saya peluang untuk merasai bagaimana menjadi seorang AGENT MLM.. Allahuakbar.. Banyak pahit dari manis nya.. dan yang paling seronok saya juga sebagai agent ditipu puluhan ribuan  ringgit.. Dari situ saya terus bangun dan tidak mahu menoleh kebelakangan lagi.. Saya cuba pula untuk menjadi seorang surirumah yang menjual barangan online.. pelbagai barangan saya jual dan alhamdulillah adalah hasil yang boleh saya bergantung untuk buat saya tambah-tambah belanja bulanan dari suami saya... 

Pada awal tahun 2018 saya tekad untuk keluar dari biasa-biasa ke LUAR BIASA..saya masih cuba mencari peluang-peluang yang boleh bantu saya untuk jadi SESEORANG.. akhirnya pada bulan RAMADHAN tahun ini, ALLAH bukakan peluang untuk saya  menjadi Pengasas Bersama atau bahasa Mat Salleh nya Co-Founder bagi Produk Clean Sprayz. Semuanya ALLAH yang aturkan. Pelbagai pengalaman pahit dan manis saya tempuhi dengan gembira, saya anggap ianya proses belajar semata-mata..

Mungkin kerana minat untuk kekal belajar, Allah kurniakan saya dengan pelbagai lapisan sahabat yang semuanya handal dalam bidang online..pendek kata dari A-Z yang dunia marketing perlukan sekarang saya ada sahaja sahabat yang boleh saya harapkan..

Pengalaman dengan mereka banyak mengajar saya bagaimana untuk bersaing dengan lebih baik dan sihat, Pengalaman yang saya tak boleh nak lupakan sampai sekarang adalah bagaimana saya yang jenis pemalu mampu mengajar perkara yang kebanyakkan orang yang nak tahu..

Kebanyakkannya saya belajar dahulu dari YOUTUBE dan seterusnya saya akan berusaha mencari GURU yang berkaitan untuk memperkemaskan lagi ilmu yang saya cari. Kini dengan ilmu yang ada menjadi penguat semangat untuk saya berkongsi lebih banyak di dalam blog kemegahan saya ini.

Untuk mengekalkan rasa sikap dan positif, saya sering kali menghadiri majlis-majlis ilmu IM (INTERNET MARKETER) terkemuka, antaranya IRFAN KHAIRI, AZIZAN OSMAN dan yang lain-lain..

Pada saya makanan zahir adalah MAKAN NASI dan sebagainya, tetapi untuk makanan batin ni.. saya perlukan mereka untuk kekalkan POSITIF saya... Kalau saya tak membaca posting atau buku-buku mereka ni, rasanya macam seakan kekosongan jer.. Dan yang paling bermakna saya juga suka memastikan diri saya kekal mengenal sang pencipta iaitu ILMU MENGENAL ALLAH, saya kerap kali mengikut kelas usrah dan kuliah agama dari USTAZ WAN HIZAM dan USTAZ EBIT LIEW.. 

Alhamdulillah saya kini rasa lebih gembira dan terbuka untuk meneruskan AMANAH ALLAH supaya ilmu yang saya ada ini dapat saya kongsikan dengan sahabat diluar sana.   Niat saya cuma satu, saya mahu semua golongan WANITA terutamanya SURIRUMAH yang bergelar TITLE mak,ibu, ummi, mama, mummy akan mendapat sedikit manafaat hasil dari kisah hidup yang saya kongsikan..

#SuriBeraniKaya inilah matlamat utama saya untuk saya pergi dengan lebih jauh dalam bidang BLOGGING ni.. saya mahu buktikan dengan hanya golongan duduk dirumah juga mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan cara yang betul..

Oklah saya izinkan saya mengundur diri dahulu untuk entri kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca post KENALI SAYA..Doakan saya semoga apa yang saya rancangkan akan ALLAH permudahkan demi memberi kebaikan kepada semua nanti..

صدق الله العظيم

No comments

Powered by Blogger.