3 Sebab 'MENGAPA' Usahawan Kena Mahir
Teks: Khadijah Abdul Khalim
Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirrahmanirrahim
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
WHY PEOPLE JOIN?
WHY PEOLE STAY?
WHY PEOPLE QUICK?
Bila sebut sahaja berniaga, pastikan antara kita mengambarkan yang indah-indah sahaja bukan? Saya berani katakan hampir kesemuanya adalah yang baik-baik kejadiannya. Tidak salah untuk kita membayangkan perkara yang baik-baik apabila kita berniaga tetapi simpanlah sedikit untuk persediaan yang dipanggil aturan keadaan ataupun proses.
Mengikut pengalaman saya perkataan keramat di atas amatlah penting untuk diketahui dan didalami maksud yang tersirat. Malah sekiranya ianya diambil mudah atau dipandang ringan ianya akan merugikan kita ditahap boleh 'gulung tikar'. Apa tidaknya sekiranya kita sebagai pemilik perniagaan sudah berjaya mempunyai produk yang bagus, pasukan kerja yang mahir, sistem yang terbukti berkesan tetapi sedikit demi sedikit perniagaan kita merosot tanpa kita sedar ianya terjadi.
Biasanya ianya terjadi pada jenis perniagaan yang mempunyai sistem rangkaian rakan niaga atau sistem agen. Mereka ini adalah kekuatan hebat pada sesuatu produk, tanpa mereka produk kita tidak mungkin dapat dikenali seramai atau secepat sekarang.
Saya kupaskan ayat pertama di atas dalam bahasa melayu,
1. MENGAPA MEREKA MENYERTAI KITA?
Biasanya mereka ini telah pun terpengaruh dengan peluang niaga yang pernah kita kongsikan di dalam iklan permasaran kita sebelum ini. Rata-rata mereka sudi menyertai pasukan perniagaan kita adalah disebabkan mereka nampak peluang boleh buat duit bersama kita sebagai pemilik perniagaan dan produk. Mereka yakin kita mampu membantu mereka untuk berjaya seperti yang kita pernah tawarkan.
Di sinilah kita harus memastikan segala keperluan mereka disediakan baik dari segi bahan permasaran kelas sokongan dan sebagainya.
2. MENGAPA MEREKA MASIH SETIA BERSAMA KITA?
Datang dan pergi apabila mengamalkan perniagaan jenis sistem agen atau rakan niaga ini adalah faktor yang biasa kita akan lihat. Kalau saya dahulu saya gelarkan mereka ini 'MATI SEBELUM MATI', pada mula penyertaan mereka ini amatlah berkobar-kobar semangatnya.
Sanggup buat apa sahaja, malah semua nya indah berlaka. Tetapi apabila sudah masuk fasa realiti menjual, kebanyakkan mereka kecundang di tengah jalan. Ada yang mampu teruskan perjuangan sehinggan ke akhir, dan ada juga sebaliknya.
Mereka yang masih setia inilah perlu kita jaga dan berikan perhatian lebih kepada mereka, kerana merekalah tunggak kejayaan kita seterusnya. Sebagai tanda penghargaan mungkin kita boleh mengadakan hadiah mingguan dan bulanan untuk mereka yang mencapai sasaran jualan. Dengan ini semangat mereka sentiasa akan terbakar untuk setia bersama kita.
3. MENGAPA MEREKA TINGGALKAN KITA?
Keadaan inilah yang paling tidak disukai oleh para pemilik perniagaan, kerana setelah penat membanting tulang memerah keringat membantu mereka yang mahu dibantu akhirnya ditinggalkan oleh mereka yang pernah bersama-sama berjanji sehidup semati bersama kita dahulu.
Rata-rata mereka ini berasakan sudah tiada harapan untuk meneruskan perniagaan bersama kita. Pelbagai sebab yang boleh saya kongsikan di sini dengan sahabat blog diluar sana, salah satunya adalah disebabkan oleh mereka mungkin tidak betul-betul mengamalkan apa sahaja ilmu yang diterima. Mungkin juga mereka tidak benar-benar faham bagaimana untuk bermula?
Atau mereka merasakan produk kita sudah tidak releven untuk mereka pasarkan? Atau juga mereka merasakan kita tidak benar-benar menjaga kebajikan mereka sebagai rakan niaga sebelum ini..
Sebagai kesimpulannya bagi saya, ianya tiada sesiapa yang bersalah atau berada dipihak yang benar. Tips ini saya kongsikan sebagai panduan ringkas yang mungkin kita sebagai pemilik perniagaan atau pun perkhidmatan menjadikan ianya sebagai rujukan awal. Agar perkara yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan awal.
Kerana ASET perniagaan sebenarnya bukanlah KEUNTUNGAN semata-mata, ianya lebih kepada hubungan antara satu sama lain. Sekiranya kita mampu memupukkan perasaan BERSAMA dalam setiap MODULE perniagaan kita, saya JAMIN buatlah apa sahaja, perniagaan kita pasti akan lebih suksess dan mudah berjaya..
Saya berharap kalian yang sudah membaca boleh mengamalkannya dan silalah sebarkan nikmat ilmu ini agar mereka diluar sana juga lebih faham mengapa mereka perlu tahu dan mahir dalam 3 perkara asas ini..
#SuriBeraniKaya
Leave a Comment