4 Sikap Untuk Pemula Bergelar Usahawan

Teks: Khadijah Abdul Khalim


Assalamualaikum Wr. Wb

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Semua orang memang akan ada minat nak berniaga.. Ada yang masih bekerja dan mula belajar buat part time dan ada yang jenis berani tu..terus berhenti kerja dan buat niaga sepenuh masa..

Walau apa pun keadaan pilihan mereka, ianya tidak akan lari dari ILMU ASAS berniaga. Dibawah ini saya kongsikan 4 Sikap yang menjanjikan kejayaan atau kegagalan sesuatu bisnes tersebut..

  1. Tidak Boleh Malu
  2. Tidak Boleh Takut 
  3. Tidak Boleh Kesian
  4. Tidak Boleh Fikir Ilmu Tak Cukup Tak Boleh Niaga
Di atas adalah perkara yang biasa kita nampak bukan? tetapi ini lah asasnya untuk mereka yang mula nak bergelar usahawan.Baiklah kita cuba kupaskan secara ringkas satu persatu ye?

TIDAK BOLEH MALU

- Apabila seseorang usahawan malu, bagaimana dia nak berhadapan dengan orang ramai? Bagaimana dia nak mengakui dia mungkin tidak tahu untuk bermula.. Bagaimana dia nak meminta bantuan dari sesiapa untuk menaikkan perniagaannya? So sikap malu nilah terlebih dahulu kenalah dicantas dan dibuang jauh-jauh sekiranya serius nak mula berniaga..

Sekiranya masih malu dan berterusan malu..walau dah cuba mengatasinya, saya nasihatkan jangan lah gatal-gatal untuk mula berniaga.. kerana kegagalan dalam akhirnya cerita ini telah nampak nyata.. 

TIDAK BOLEH TAKUT

- Selain malu, sikap takut juga saling berkait rapat.. Sikapnya sentiasa takut dengan apa kata orang nanti, macam mana kalau orang tak suka/tak beli? Takut, takut, takut orang marah lah, takut suami marahlah, takut makan riba lah, takut rasuah lah..

Macam-macam difikirkan nya, padahal berniaga pun tak mula pun lagi🤤🤤🤤

TIDAK BOLEH KESIAN

- Bab ini biasa terjadi kalau mahu meletakkan sesuatu harga pada produk.. kita sebagai peniaga sering akan berfikir KESIAN dekat pelanggan ni.. mesti dia tak mampu..kesian dia nak nak beli nanti tak cukup duit dan sebagainya..

Padahal sikap begini adalah salah kerana MAHAL atau MUARAH produk itu adalah SUBJEKTIF, kadang-kadang pelanggan tak kisah pun kalau produk itu mahal janji bersesuaian dengan mereka.. Kadang-kadang mereka tak kisah membayar lebih sekiranya mereka berpuas hati dengan servis kita sebagai penjual..

So again, jangan ulang kesilapan sikap ini ye..

TIDAK BOLEH FIKIR, ILMU TAK CUKUP LAGI TAK BOLEH BERNAGA
- Part ni pun kadang-kadang selalu sangat mereka yang baru berniaga ni salah pada step sikap ini.. mereka beranggapan sekiranya mereka tak cukup ilmu maka mereka tak layak untuk berniaga? sedangkan kalau mereka bijak dan punyai sedikit lebihan modal pusingan, adalah sebaikknya mereka mengambil orang/pekerja yang boleh dan mampu membantu mereka membangunkan perniagaan mereka..

Entri seterusnya saya kongsikan 3 golongan yang perlu mereka cari dan sekiranya dah dapat sila lah jaga hubungan ini dengan sebaik mungkin. kerana golongan-golongan inilah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan selain 4 sikap di atas..

Saya berharap dengan sedikit perkogsian ringkas ini memboleh kan sahabat blog saya buat sedikit analisis diri sendiri terlebih dahulu..Senaraikan 4 Sikap tersebut di dalam sehelai kertas dan mulailah dengan akuan jujur dari diri masing-masing..

Perbetulkan diri sendiri dahulu sebelum nak mula betulkan diri orang lain.. Saya percaya kalau ke empat-empat sikap tersebut anda berjaya atasi.. in sha allah ianya adalah selanggakah dengan KEJAYAAN PERNIAGAAN anda..

#SuriBeraniKaya


No comments

Powered by Blogger.