Sekolah Pertama

Teks : Khadijah Abdul Khalim


Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanggal 1987 adalah saat dimana saya bergelar pelajar sekolah rendah tahun 1.. Terujanya saya untuk belajar bersama kawan-kawan baru. Sekolah Rendah Kebangsaan Datin Khadijah adalah merupakan satu-satunya sekolah yang pelajarnya terdiri dari semua perempuan. Tiada bercampur dengan pelajar lelaki. Walaupun pelajar lelaki hanya terletak beberapa ratus meter sahaja di depan sekolah kami..


Uniknya sekolah ini kerana berkongsi padang sekolah dengan Sek Rendah Kebangaan Clifford, sekolah ini semua pelajarnya adalah lelaki..Itulah sebabnya saya katakan ianya unik..


Saya paling suka waktu perhimpunan setiap hari isnin pagi.. Lagu sekolah dan Negaraku akan dinyanyikan dengan penuh semangat.. Tahun satu lah katakan.. tapi suatu bab yang paling best adalah lirik lagu sekolah saya ada menyebut nama saya KHADIJAH..Sumpah sampai ke saat ini saya masih ingat liriknya..


Begini bunyinya.. 


Sekolah Rendah Datin Khadijah, 

Sekolah Saya Sayangi..
Namamu Sentiasa Diingati
Dengan Kasih Yang Abadi..

Hahahhaa bangga tau.. semua pelajar menyebut nama saya.. Tapi itu kisahnya saya mula-mula masuk ke sekolah rendah..

Tetapi ada satu kisah sedih yang sampai sekarang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila dimana saya merasa dibuli dari darjah satu sehingga awal darjah tiga.. Saya masih terlalu kecil untuk memahami apa itu BULI.. saya pulak merupakan pelajar yang miskin dimana saya pernah merasai makanan RMT (yang diberikan untuk pelajar yang tidak berkemampuan)..

Macam-macam kisah sedih saya yang sampai ke saat ini saya tidak pun pernah melupakannya.. Ada saat yang saya rasakan terhina sangat oleh rakan-rakan dan guru saya sendiri ketika itu adalah kasut sekolah saya koyak.. dan masa tu saya baru lepas sukan dipadang..

Saya tanggalkan sekejap kasut tersebut untuk keringkannya.. tapi kasut saya ditendang oleh cikgu kelas saya sendiri yang dah dipengaruhi oleh rakan kelas yang membuli saya.. Saya disuruh kehadapan dan membawa kasut saya yang koyak..

Saya fikir saat itu, cikgu saya mungkin nak dengar kenapa saya buka kasut didalam kelas, tetapi kasut saya ditendang sampai keluar ke pintu kelas, dan paling sadis saya disuruh kutip kembali kasut saya yang koyak itu segera sambil rakan-rakan yang lain mentertawakan saya..

SUMPAH saya menangis malu..sedih saya diperlakukan demikian.. sampai kan saya menangis sebab tak nak hadir kesekolah kalau tak dapat kasut baru..Mak saya pun bertanya kan pada saya, dan saya menceritakan setiap saat yang berlaku kepada arwah mak saya..

Dan pada keesokkannya mak saya telah hadir ke sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar.. dan mulai dari itu, rakan saya tidak membuli saya lagi di dalam kelas.. cuma sesekali sekala sahaja dia membuli diluar kelas..

Beberapa minggu kemudian saya dapat kasut yang baru, mak saya belikan.. saya berasa amat seronok dan tak sabar nak pergi ke sekolah untuk saya tunjukkan kepada kawan-kawan yang saya juga mampu pakai kasut baru..





Kini telah hampir puluhan tahun saya meninggalkan Sek Rendah Keb Datin Khadijah.. Sekolah yang banyak mengajar saya apa itu kehidupan awal murid. Walaupun kenangan tersebut masih terpahat dalam ingatan saya, tetapi sejujunya saya dah pun maafkan rakan yang membuli saya dahulu..

Ntah tak tahu dari mana pada pertengahan tahun tiga, saya seakan-akan berani untuk mula mempertahankan diri, dan yang paling best say mintak semula duit belanja yang dia pernah PAW saya dahulu..

Kelakar bila dikenang-kenangkan sebenarnya..bukan? Atas pengalaman ini lah saya bertekas untuk pastikan bahawa anak-anak saya nanti tidak sesekali merasai apa yang saya pernah lalui... Saya tak mahu mereka merasai perasaan ibubapa yang tak mampu menyediakan kelengkapan sekolah yang sempurna..

Saya tak nak mereka akan mengalami kasut sekolah koyak dan dibuli kerana tak mampu mengantikan dengan yang baru..

TIDAK
TIDAK
TIDAK..

Suami saya sentiasa ingatkan saya satu FALSAFAH "Kita dilahirkan MISKIN, itu bukanlah salah kita, Tetapi Kalau Kita Miskin Sampai Kita Mati, Itu Memang Salah Kita"..

So saya percaya yang ALLAH tidak kejam pada HambaNya..Berusahalah selagi diberi nikmat NAFAS..

Doakan saya semoga sentiasa istiqomah dalam memberikan motivasi kepada sahabat blog untuk entri-entri yang mendatang.. 

 #SuriBeraniKaya

No comments

Powered by Blogger.