Emak Ratu Hati

Teks: Khadijah Abdul Khalim

Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




IBU RATU HATI KU.. walau apa pun panggilan buat golongan hebat ini.. ianya tetap satu untuk difahami.. MEREKA ADALAH YANG TERHEBAT diantara yang PALING HEBAT..

Saya adalah anak kepada wanita hebat yang dikenali sebagai PUAN ZALIHA BINTI ALIAS.. beliau dikenali sebagai KAK LEHA dikalangan penduduk kampung saya..Sikapnya yang amat disenangi oleh orang kampung telah membuatkan beliau sering dijadikan pusat rujukan baik dari segi pendapat atau pun kewangan..

Mak saya bukanlah orang yang kerja makan gaji..kiranya sepanjang hayatnya beliau tidak pernah menerima apa itu pencen dari kerajaan..Pekerjaan beliau untuk membesarkan kami adik beradik amatlah sedih untuk dikenangkan.. Saya sampai saat ini tidak percaya bagaimana boleh wujudnya kekuatan yang amat dashyat dalam diri beliau..

Pernah nampak tak MENGGALI JUAL KARPET.. tapi mereka naik basikal kebanyakkannya kan.. ada yang dah moden tu dan mungkin yang ada modal sikit boleh lah pakai motosikal.. Begitulah mak saya bekerja.. Tetapi mak saya bukan jual karpet.. beliau jual kain pasang..perabot, dan bermacam-macam lagi benda..

Jadualnya setiap petang akan bermulalah beliau berniaga dari rumah ke rumah.. Beliau menyediakan perkhidmatan HUTANG kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli barangan keperluan.. Sikapnya yang ramah telah memudahkan beliau didekati dan senang dikenali..

Setelah penat lelah menaiki motor.. berhujan dan panas.. beliau telah mampu memulakan perniagaan kedai runcit.. masih teringat lagi barangan asas yang beliau letakan atas meja belajar saya.. iaitu SUSU,SABUN BUKU, SARDIN, GULA.. 

Hari demi hari perniagaan beliau kian maju, sehinggakan beliau mampu merasai nikmat pada saat-saat akhir umurnya.. Mak saya meninggalkan saya dan keluarga pada umur nya 49tahun.. Setelah hampir 6 tahun bergelar pesakit KANSER PAYUDARA akhirnya pada 3hb JUN 2006 beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau di HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN UNIT PALIATIF CARE.. 

Semasa ada hayatnya saya amat terkesan dengan semangat beliau menerima segala QADHO-QHADAQ.. dan ayat yang paling membuatkan saya menitiskan airmata adalah "BIARLAH ALLAH NAK AMBIL APA YANG ALLAH PERNAH BAGI KAT MAK..MAK SEDAR..ALLAH YANG BAGI MAK PINJAM"..

Ungkapan ini mak saya keluarkan pada ketika DOKTOR memanggil kami sekeluarga untuk melaporkan keadaan sel kansernya amat aktof dan sudah mula merebak ke sebelah kanan payudara beliau..

Dan dikehendaki menjalani pembedahan segera, sekiranya enggan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.. ALLAHUAKBAR.. ALLAH MAHA BESAR.. saya beruntung sangat sebab mak kekal positif hingga ke akhir hayat beliau..Sepanjang proses KIMOTERAPI dan RADIOTERAPI beliau sangat memberikan kerjasama sepenuhnya. tiada sedikit pun arahan DOKTOR beliau nafikan.. 

Apa kata DOKTOR dia akan ikut.. ungkapan yang keluar dari mulutnya adalah, "sekurang-kurangnya kalau ALLAH tanya mak nanti, mak dah berusaha untuk cuba sembuh".. 😔😔😔

Pada perjalanan akhir beliau, muka nya amatlah bersih dan sentiasa tersenyum..teringat lagi saat tu dimana beliau memeluk erat abah saya.. seakan-akan tidak mahu melepaskan abah..pergi. ketika giliran saya pula.. saya lebih kepada tidak mahu menunjukkan kesedihan saya pada beliau saat ini.. saya layan dia seolah-olah tiada apa yang akan terjadi.. 

Malah saya suruh beliau tidur sahaja kalau beliau dah penat.. jangan tahan.."mak dah penat tu, tidurlah mak".. saya ingatkan dia tentang kalimah laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ.. Allah, Allah, Allah.. sampailah beliau tertidur buat selama-lamanya..

Banyak yang saya belajar sepanjang mengenali beliau sebagai seorang PAHLAWAN dalam menghadapi DUNIA yang FANA ini.. antaranya adalah.. 

  • Jangan Sesekali-kali mengalah
  • Sentiasa Percaya Allah
  • Letakkan Allah mendahului segalaNya
  • Setiap Yang Belaku Buruk, Baik Pasti AdaNYA
  • Jangan Malu untuk Berniaga
  • Jual lah apa sahaja dan percaya rezeki hanya dari ALLAH.
Atas pelajaran inilah saya bertekad untuk tidak sesekali-kali GIVE UP akan ALLAH SWT.. Saya kena pegang kata-kata mak saya di mana.. "ALLAH ITU TIDAK PERNAH TIDUR, JANGAN LAH BERPALING DARI ALLAH SWT"..


Kepada sahabat blog saya, tolong hadiahkan arwah mak saya surah ALFATIHAH, semoga ianya menjadi asbab kebaikkan untuk beliau disana.. Aminnn..

#SuriBeraniKaya

No comments

Powered by Blogger.