6 Kelas SuriRumah Perlu Hadiri

Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bismillahirrahmanirrahim

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Korang tahu tak antara kelas-kelas yang perlu dan aku kira WAJIB korang pergi bila korang dah bergelar surirumah yang LAYAK memegang 'tiltle'  mak-mak, Isteri, Cikgu, Doktor, Jururawat dan banyak lagi kan. 

Dan posting ni aku pernah kongsikan dekat Facebook Story aku dan macam korang sedia maklumlah kan yang Facebook Story ni tahannya 24jam je orang boleh tengok.. so aku rasa better aku share kan pulak dekat blog aku ni kan..

Oklah antara kelas WAJIB yang korang kena HADIRI adalah seperti yang aku nyatakan dibawah:-

  • Kelas Agama/ Mengaji
  • - Ianya perlu sebab kita ni manusia yang tak lepas dari kesilapan, so ini adalah jalan untuk kita persiapkan diri sendiri supaya tidak kekal jahil selamanya.
  • Kelas Masakan
  • - Hat ni tengok gaklah, kalau korang dah terror masak tu tak payah pun tak pe.
  • Kelas Mekap
  • - Ok kelas ni pada aku agak penting sebab bila golongan yang dah jadi mak-mak ni sifat 'grooming' ni sikit demi sedikit akan hilang pada diri dek kerana kesibukan kita melayani orang lain.
  • Kelas Bisnes
  • - Ok yang ni serius paling best dan penting untuk korang ambil berat, Korang kena ingat yang SUAMI kita tu pinjaman ALLAH je tau, buatnya tetiba ALLAH ambil balik, naya tau kalau kita langsung tak berani nak berbisnes walaupun berniaga Nasi Lemak di jalanan. So korang better prepare sesiap ilmu-ilmu macam ni ok.
  • Kelas Motivasi
  • - Kelas macam ni aku suggestkan korang pergi 3-6 bulan sekali, macam kelas Doktor Azizan Osman tu ke, atau mana-mana motivator yang korang suka lah k..janji korang pergi sebab kita ni hari-hari hidup dalam circle stress yang melampau, so dengan kelas-kelas macam ni in sha ALLAH akan membantu korang refresh sikap positif dalam diri tu.
  • Kelas Gym
  • - heheh part ni agak steptikal sikit, kalau korang ada kemampuan lebih better pergi sebab faktor umur kita yang dah ke 40 tahun ni tahap hormon estrogen kita akan cepat menurun kalau kita tak aktif tau.. so better watch out ya.
Nampak tak bertapa banyaknya kelas-kelas yang golongan kita yang mungkin terlepas peluang atau telepas pandang. Yelah aku ada fakta yang boleh menyokong kenapa aku berani utarakan pendapat aku sedemikian bila korang dah bergelar SURIRUMAH ni..

  1. Korang tak kan ada masa sendiri atau ME TIME
  2. Korang sibuk uruskan hal anak-anak, suami, dan rumahtangga
  3. Korang akan terbelenggu dengan masalah kewangan yang koranglah mahkluk pertama yang akan terkorban.
  4. Korang akan berasa cepat letih, penat sebab seharian masa korang dihabiskan untuk kerja-kerja yang tak kan pernah habis sampailah korang mati.
  5. Korang akan punyai rasa MALU yang tinggi disebabkan korang rasa yang korang mungkin dah tua dan sebagainya.
Ok setakat ni cukup tak fakta yang aku kongsikan ini? atau korang ada je point-point tambahan silakan kongsikan diruangan komen, nanti aku akan updatekan..

Yelah aku ni bercerita atas dasar pengalaman sendiri, aku pernah lalui kesemua di atas malah mungkin ada yang aku dah lupakan kut apa yang pernah aku lalui..

Atas dasar itulah aku tak nak korang jadi macam aku, dah masuk umur 40 tahun baru aku nak sedar bahawa aku perlukan kelas-kelas macam tu.. Pada aku ianya sangat membantu aku untuk berani keluar dari kepompong keselesaan atau orang putih cakap 'COMFORT ZONE'.. 

Kalau korang tak mampu nak pergi kesemua di atas tu pilih lah mana yang korang rasa perlu dan sesuai untuk diri korang. Aku nasihatkan kelas AGAMA tu better lah korang cari atau curi sedikit masa korang yang bersisa ini untuk korang persiapkan bekalan amalan untuk kita ke dunia akhirat.

Aku buat masa sekarang ni aku masih lagi tak cukup kesemua di atas, tapi dah hampir juga aku selesaikan nya.. So aku berharap korang akan ambil berat post au ni sekurang-kurangnya beri masa dan perhatian untuk diri sendiri barang seketika..  


ALLAH ADA MASALAH TIADA
#SuriBeraniKaya

No comments

Powered by Blogger.