I Am A New Me - DkC
Bismillahirrahmanirrahim
lamanya aku tak menulis di blog kesayangan aku ni, rasa rindu di dada membuak-buak sangat untuk menulis, tapi apakan daya ALASAN aku lagi tebal dari KESANGGUPAN aku untuk menulis.. Puas aku cari punca mengapa ianya terjadi..
Akhirnya aku mungkin temui jawapannya walaupun aku tak pasti sangat kenapa!
Aku rasa mungkin sebab aku ni jenis yang tak bersungguh, buat apa-apa pun banyak yang separuh jalan.. aku bukan tak reti tak menulis, aku bukan tak de idea nak tulis tapi aku membiarkan ALASAN membelengu diri aku untuk KELUAR dari ALASAN itu..
Sehinggalah tarikh ini 18hb Oktober 2019 ALLAH SWT izinkan aku untuk menulis buat sekian kalinya.. ALLAHUAKBAR bersyukur sangat aku dapat rasakan..
Buat kalian aku harap dengan wujudnya azam ini aku akan lebih berdisiplin untuk aku melakukan apa yang aku sukai..
Korang tengok tajuk kat atas tu kan, ada macam mat saleh sikit kan.. sebenarnya itu azam aku untuk mencipta AKU versi 2020..
Aku adalah JENAMA aku sendiri, seperti kebanyakkan TIPS MARKETING adalah BE SOMEBODY, BE DIFFERENT.. so aku harap ianya ALLAH permudahkan..
Baru-baru ini aku terbaca dalam satu ebook ni kisahnya dia ni dari seorang yang tak dikenali di media sosial hanya tak sampai setahun follower nya telah bertambah dengan mendadak.. Beliau bukanlah dalam profession yang popular untuk diviralkan, sebaliknya beliau adalah perunding hartanah di Malaysia..
Beliau telah kongsikan tips beliau begini.

- Sediakan foto wajah jelas untuk profile
- Tetapkan masa menulis
- Tentukan Topik, Tema dan Angle penulisan
- Menulis Secara Konsisten
- Tambah Ilmu Dalam Bidang Penulisan
- Cipta Jenama Sendiri
- Cipta Watak Di Facebook
- Respon Pada Isu Semasa
- Muat Turun App Fontee dan Canca di Playstore
Korang nampak tak point nombor 6 sampai no 7 tu.. Beliau kongsikan untuk cipta jenama sendiri untuk mula dikenali, seterusnya beliau berkata kita perlu mencipta watak di facebook.
Atas sebab inilah aku dah ambil keputusan untuk bermula dari aku biarkan ianya hanya sekadar angan-angan..di dalam kepala aku.
Buat korang aku nak korang jadi saksi tau bahawa aku telah memilih
DKC - Jenama Baru Aku
Mak Icha - Watak Pembantu Aku
Allah Ada Masalah Tiada - Tagline Aku
#SuriBeraniKaya - Hashtag Aku
kenapa perlu aku mahu dikenali sebab nya aku mahu bebas untuk berkongsi dengan follower aku cara untuk mula bangkit dari segala ALASAN atau KEGAGALAN yang pernah berlaku.
Aku percaya ramai mereka diluar sana bukan memerlukan DUIT semata-mata, mereka perlukan bimbingan moral mental dan fizikal. Dan aku mahu keluarkan pandangan dan pendapat mereka yang NEGATIF tentang ALLAH SWT, Itulah sebabnya aku pilih Tagline aku 'ALLAH ADA MASALAH TIADA'.
Aku mahu sekurang-kurangnya ada dikalangan pembaca post aku nanti akan lebih terinspirasi untuk terus berjaya. Semoga segala apa yang aku hajati ini akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
In sha Allah aku akan kongsikan apa sahaja yang aku lakukan..
Siapa Aku Dahulu
Siapa Aku Sekarang
Bagaimana aku bangkit
Bagaimana aku jatuh
Apa Cabaran Aku jadi Ibu Dirumah
Bagaimana Aku Menguruskan RumahTangga
Apa Hebatnya Bergelar Wanita
Kenapa Wanita Perlu Ada Sikap Berani Berdikari
Bagaimana Aku Menguruskan Masa Untuk Aku Berniaga Dari Rumah
Apakah Jenis Perniagaan Yang Aku Pilih
Apakah Tools Yang Aku Gunakan Untuk Aku AUTOMASIkan sepenuhnya biznes aku
Ini adalah contoh-contoh cerita yang aku akan postkan nanti, aku tahu beza aku dengan kaum golongan seperti aku ramai bilangannya. Bagi aku tak salah untuk aku mula menulis kisah hidup aku di dalam blog ini.
Aku harap korang akan happy dan sudi berikan komen yang membina untuk aku mula dan meneruskan penulisan aku nanti..
ps: korang yang mahu dapatkan lebih banyak tips seperti diatas tu korang klik terus link ni tau
Sekian
Dejaa Khalim
ALLAH ADA, MASALAH TIADA
#SuriBeraniKaya
#DkC
Leave a Comment