Inilah Keluarga Kami

Teks: Khadijah Abdul Khalim


Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Kalau masa Hari Raya Aidilfitri memang suasana pasti akan menjadi lebih meriah semeriahnya.. Apa tidaknya seluruh pelusuk keluarga akan berkumpul dimalam raya kan? Kami juga begitu, keluarga kami masih kecil dan tidaklah besar seperti mereka yang punyai bilangan adik beradik yang ramai..

Sebelah saya kami hanya 2 beradik sahaja.. Manakala pihak suami ada 5 orang adik beradik.. Bila dah berkahwin giliran mertua dan keluarga masing-masing pasti akan terjadikan.. Kemeriahan kami biasanya terjadi apabila giliran berkumpul di sebelah keluarga suami..

Adik beradik nya yang ramai menambahkan lagi kemeriahan pada suasana tersebut..Kalau sebut bab masak memasak saya pasti angkat tangan.. sebab masakkan saya tidaklah sehebat kakak ipar.. biasanya memang saya serahkan sepenuhnya pada dia untuk mengatur menu Hari Raya..

Kini anak-anak saya dah pun besar.. 2 lelaki dan 2 orang perempuan.. Kemeriahan keluarga kami sedikit demi sedikit dirasai apabila anak-anak sudah meningkat remaja..Pelbagai ragam dan kerenah yang dapat saya simpankan sebagai seorang ibu..

Sejujurnya saya akui saya tidak pernah berasa sedia untuk mengalas tanggungjawab IBU, ISTERI dan WANITA BEKERJAYA.. apa yang saya tahu adalah cuba mengikut apa yang ALLAH SWT telah aturkan untuk saya..Kalau nak serahkan pada saya SUMPAH saya tak kan MAMPU untuk menghadapinya walau sesaat..

Semakin hari saya semakin faham untuk memastikan lebih ramai WANITA diluar sana BERANI punyai CITA-CITA untuk diri sendiri.. Kata orang berjaya ANGAN-ANGAN adalah PERKARA yang PERCUMA..

Tetapi masih ada sehingga ke hari ini ada GOLONGAN yang masih takut nak BERIMPIAN..Berjaya sebagai IBU kepada keluarga tersayang juga adalah satu CITA-CITA mulia..

Cuma bagaimana kita sebagai WANITA belajar menerimanya dengan REDHA..Pada saya KEGAGALAN paling NYATA adalah KEGAGALAN MENCUBA..

Justeru itu saya sehingga ke hari ini tak pernah berhenti untuk belajar mencuba untuk menjadi seorang IBU, ISTERI yang disayangi semua..

Dan saya mohon sahabat BLOG saya yang membaca akan mendapat menafaat hasil dari penulisan saya ini.. kerana apa yang saya coretkan ini adalah lebih kepada pengalaman hidup jatuh bangun saya sendiri selama bergelar seorang USAHAWAN..

#SuriBeraniKaya




No comments

Powered by Blogger.