Kepakaran Saya

Teks: Khadijah Abdul Khalim

Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Sebut sahaja kepakaran mesti berputar kepala hotak kita untuk mengzahirkan apa sebenarnya kepakaran yang wujud dalam diri masing-masing bukan?..

Sesetengah orang boleh menyedari nya dengan sendiri.. Sesetengah orang hanya menyedari selepas diberitahu oleh pihak ketiga atau lebih tepatnya GURU atau MENTOR..

Pada saya kepakaran sebenarnya saya adalah boleh menjadi INFLUENCER.. atau orang yang boleh menwujudkan SESUATU PENGARUH..

Cumanya saya ini orang nombor tiga.. di mana saya memang akan memerlukan orang ketiga untuk membangkitkan atau mencetuskan sesuatu keadaan..
Saya dikenali sebagai seorang yang sentiasa HAPPY GO LUCKY dan berpewatakkan POSITIF PERSON..

Pada saya..walau apapun KEPAKARAN yang ada..pada diri seseorang.. ALLAH telah pun sediakan KELEBIHAN pada kejadianNya.. hanya kita sahajalah yang nak terima atau tidak sesuatu kejadian ALLAH itu ke arah kebaikan atau sebaliknya..

Seperti saya..sendiri..selalu menjadi pusat rujukan sahabat rapat saya untuk bertanya kan pendapat serta pandangan saya tentang masalah yang sedang mereka hadapi..
Kebanyakkan setelah mendengar keluhan dan rintihan mereka saya berjaya memberi mereka jalan keluar dengan IzinNya.. dan yang paling best ianya tidak akan menampakkan mereka sebagai LOOSER dalam hal mereka..

Boleh saya simpulkan.. rata-rata kita bila menghadapi masalah.. kita akan cepat melatah..
Ianya tidak salah dan tidak pernah dihalang..cumanya adalah lebih baik sekiranya kita belajar untuk lebih bersabar..

Jalan terbaiknya adalah beristigfar banyak-banyak pada ALLAH SWT..rileks..atau cuba bertenang selama mungkin..

Sekiranya kita ni jenis cepat marah.. cuba lah fahami diri sendiri..untuk cari jalan bagaimana nak mangatasi cara untuk cepat reda..

Ada orang mungkin keluar..ada orang mungkin cuba minum..basah kan muka..mandi.. ambil wudhuk..

Buatlah apa sahaja..janji ianya boleh menghalang kita dari meneruskan kemarahan tersebut..
Kata orang.. SETAN BERSAMA ORANG YANG HILANG SABAR.. bila ada wujudnya pihak ketiga..maka biasanya akan bertambahlah kerosakkan yang mungkin berlaku..

Akhirnya bila dah mula reda..barulah akan wujud penyesalan dan sebagainya..Ada perkara ianya mungkin baik..ada setengah tu akan mendatangkan keburukkan yang mungkin tak boleh diperbaiki..
Saya menulis berdasarkan pengalaman.. alhamdulillah saya lebih mengajar diri ini mengenal diri sendiri terlebih dahulu..

Fahami diri..kita ni orang yang macam mana..adakah kita ni orang yang cepat marah..cepat membalas dan sebagainya.. sekiranya kita begitu..belajar untuk menguruskannya..

Pelbagai cara boleh kita lakukan..ikutlah pada keselesaan diri masing-masing..Dan kena ingat sentiasa perbaikinya dari semasa ke semasa.. kerana kita bukannya ALLAH SWT.. kita adalah MANUSIA BIASA.. salah dan silap adalah menjadi urusan rasmi kita..

Akhir kata semoga perkongsian kali ini..akan membuatkan sahabat blog ika akan mula belajar menerima kekurangan dan kelebihan diri sendiri..berbanding orang lain..


#SuriBeraniKaya

No comments

Powered by Blogger.