8 Tanda Awal Stress Pada Sistem Badan
Teks: Khadijah Abdul Khalim
Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirrahmanirrahim
Mungkin mereka beranggapan ianya adalah sakit biasa sahaja.Tetapi apabila ianya dibiarkan berterusan berlaku, maka ianya akan menyebabkan gangguan major stress di tahap hilang kawalan berfikir secara waras.
Di bawah ini, saya sertakan gangguan-gangguan biasa berlaku yang sering kali dibiarkan tanpa rawatan awal oleh mereka yang terlibat.
1. Sakit Kepala
biasanya badan kita akan menunjukkan tanda ketenganggan sakit seperti migrain
2. Emosi
menunjukkan kesengsaraan atau mudah berasa marah atau tersinggung
3. Perut
Sakit perut keterlaluan atau sakit dibahagian lain perut
4. Sakit Dada
Diantara banyak-banyak simtom di atas, simtom ini yang biasa mereka ambil mudah, mereka berasakan sakit dada tersebut adalah sakit dada biasa disebabkan lambat makan atau pedih ulu hati, tetapi sebenarnya itu adalah tanda awal di mana sistem badan mahu memberitahu awal bahawa kita perlukan rawatan kerana kalau berterusan kita boleh mendapat serangan darah tinggi atau lebih dasyat lagi mendapat serangan sakit jantung secara tiba-tiba.
5. Kegelisahan
Tanda ini dapat kita lihat sekiranya berlaku keadaan berpeluh keterlaluan di tapak kaki, tapak kaki kita selalu beraa kebas-kebas, sakit dibahagian tumit kaki. Apabila ada sahaja tanda-tanda ini, bermakna badan anda sdang STRESS.
6. Prestasi Seks
Sudah pastinya ianya akan berkurangan kerana kita tiada mood untuk melakukan apabila keadaan diri tidak menentu emosinya bukan? Jadi sekiranya anda yang sudah berkahwin pastikan anda mempunyai jadual bersama dengan pasangan anda ya. Sebaik-baiknya anda perlu melakukan hubungan intim ini seminggu 3-4kali. Sekiranya kurang dari bilangan ini, ianya adalah tanda awal yang anda perlu ambil berat ya.
7. Kulit
Kebiasaanya nya kita akan dapat lihat kulit kita akan mengeluarkan peluh, minyak dan mingkin sedikit berbau pad keadaan yang tahap teruk. Kita akan dapat lihat kadang-kadang kulit kita tiba-tiba jadi berjerawat teruk, kita mengalami kegatalan kulit yang biasanya dikenali sebagai EZIMA.
8. Sakit Di Sesuatu Bahagian
Ketenganggan Otot dapat dilihat pada tahap stress tersebut berlaku, kebiasaanya kita akan mudah berasa sakit dibahagian badan belakang badan yang membawa kebahagian bahu ke bawah.
Jadi sahabat saya dah tahu bukan tanda-tanda awal STRESS yang badan sudah berikan AMARAN 'ALERT' supaya kita sebagai tuan empunya badan dapat menyediakan rawatan awal supaya perkara yang tidak baik dapat dielakkan terjadi.
#SuriBeraniKaya
Leave a Comment