8 Dosa Jurujual Perlu Elakkan

Teks: Khadijah Abdul Khalim

Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bismillahirrahmanirrahim

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ




Sales Person atau pun Jurujual amat berkait rapat dengan bagaimana mereka perlu menghadapi dan menguruskan seseorang pelanggan mereka. Pelbagai strategi dan kemahiran yang perlu mereka mahir ketika berurusan. Ada ketikanya rundingan tersebut akan berlaku dengan baik dan ada kalanya sebaliknya.

Kenapa saya katakan demikian? Ianya berkaitan dengan tajuk entri saya kali ini iaitu DOSA-DOSA yang biasa ataupun kerap kali dilakukan oleh penjual/jurujual sesuatu perkhidmatan mahupun produk. Dibawah ini saya senaraikan antara DOSA yang biasa kita dapat lihat dan kita amat berharap agar kita dapat menghindari jenis penjual ini seawal mungkin.

  1. Tidak Jujur
  2. Tidak Mendengar 
  3. Menggunakan Orang Ketiga
  4. Terlalu Mendesak
  5. Tidak Mendapatkan Referral
  6. tidak ikut trend semasa (Sosial Media)
  7. Tidak Menjadi PAKAR
  8. Menjual dengan Semua Orang

1. Tidak Jujur

Di sini saya boleh katakan, bukanlah semua tetapi kebanyakkan nya ada yang buat, Biasanya golongan ini terdapat dalam bahagian servis/ perkhidmatan. Seperti contoh mereka yang berkhidmat sebagai agent (Insuran/Hartanah/Unit Trust/Kereta), kadang-kadang tidak memberikan maklumat yang benar kepada pelanggan apabila mereka nampak pelanggan tersebut tidak benar-benar memahami apa yang diterangkan. Kebanyakkan mereka hanya fikirkan komisyen dahulu dari membantu pelanggan tersebut, akhirnya boleh merugikan pihak pelanggan sendiri.

2. Tidak Mendengar

Golongan ini tidak FOKUS untuk memahami apa yang pelanggan ini mahukan. Rata-rata mereka hanya fikirkan mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk pelanggan tanpa mengambil tahu secara serius kemahuan pelanggan itu sendiri. Pada saya ianya sangatlah merugikan pelanggan itu nanti, kerana akhirnya sudah pasti akan menyebabkan ketidak puasan hati berlaku antara kedua pihak.

3. Guna Orang Ketiga

Golongan ini awal-awal lagi menunjukkan sikap lepas tangan terhadap pelanggan. Kebanyakkan pelanggan tidak menyukai perkara ini kerana beranggapan orang ketiga tersebut mungkin tidak selayak Jujujual yang diketahui. Jadi tolong elakkan, Sekiranya benar-benar mahu menggunakan pihak ketiga maklumkan secara bertulis kepada pelanggan sedia ada apakah sebabnya kalian perlu mengantikan orang lain dari pihak ketiga nampak akan lebih profesional bukan?

4. Terlalu Mendesak

Kepantangan pertama pelanggan adalah Jurujual yang kelihatan terdesak dan suka mendesak. Sikap ini akan membuatkan pelanggan timbul rasa tidak selesa terhadap perbualan atau perbincangan yang dijalankan. Elok-Elok boleh capai persetujuan jualan akhirnya boleh melopong disebabkan sikap tergopoh gapah tersebut. Jadi cubalah jadi seorang yang penyabar, tenang setiap kali berhadapan dengan pelanggan.

5. Tidak Mendapatkan Referral

Dosa paling besar yang dilakukan oleh mereka ni adalah malu nak mintak rujukan dari pelanggan sedia ada. Sepatutnya mereka mestilah bijak untuk diberi tanpa meminta dari pelanggan, sebagai contoh mungkin mereka boleh berikan tawaran kejutan hadiah dan sebagai balasan pelanggan mestilah berkongsikan pengalaman mereka bersama dengan anda.  

6. Tidak ikut trend semasa (Sosial Media)

Tidak salah untuk mengekalkan cara permasaran tradisional, cumanya kalau boleh sebagai seorang jurujual yang bijak haruslah menggunakan segala alat bantuan permasaran yang percuma sedia ada, supaya bakal pelanggan boleh lebih mengenali dan mengetahui kepakaran anda.

7. Tidak Menjadi PAKAR

Bukan semua kita perlu ambil tahu, cumanya jadilah PAKAR dalam bidang tersebut. Ini boleh menaikkan pandangan yang baik dari bakal pelanggan. Apabila mereka melihat anda sebagai seorang yang mengetahui kemahiran bidang anda, secara tidak langsung mereka juga akan bertambah yakin dengan kemampuan anda. 

8. Menjual dengan Semua Orang

Dosa yang kurang popular di ketahui tetapi kerap kali dilakukan oleh seorang jurujual. Mereka ini seolah-olah sudah menjadi robot bergerak. Pantang jumpa orang sahaja, mereka teruja untuk menjual tanpa mengambil tahu akan situasi atau keperluan mereka berbuat demikian. Jadi elakkanlah ya.

Mungkin ada banyak lagi keadaan DOSA yang dilakukan diluar sana, tetapi untuk entri kali ini saya kongsikan 8 DOSA BIASA dahulu, in sha allah sekiranya saya temui sesuatu yang baru dipanggil DOSA dalam berniaga saya akan update entri ini ya..





#SuriBeraniKaya


No comments

Powered by Blogger.