4 Perkara Usahawan Baru Kena Tahu

Teks: Khadijah Abdul Khalim



Assalamualaikum WBT



Baru-baru ni saya telah mengemas dan menyusun atur bilik kerja saya, tujuaannya supaya lebih rasa bersemangat untuk melaksanakan cita-cita saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah Allah takdirkan saya terjumpa buku nota belajar saya dahulu.

Buku ini sudah lama saya cari, tetapi tidak berjumpa, mungkin kerana Allah mmasih tidak mengizinkan saya menemuinya, kerana kalau mahu diikutkan lokasi penemuannya amatlah tidak sulit untuk ditemui..

Jadi ketika saya membelek-belek buka nota tesebut saya telah terjumpa 1 catatan yang amat menarik perhatian saya untuk terus membacanya.. Nota berbunyi begini "Cara Pantas Nak Berjaya Dalam Bisnes"

Benar apa yang saya pernah catatkan itu hanyalah tinggal sebagai catatan, kerana apabila selesai sahaja kelas saya tidak terus mempraktikkan ilmu yang saya telah terima.. Itulah kesalahan besar saya selama ini.

Kadang-kadang saya terfikir mahu hadir ke kelas-kelas belajar kononnya untuk PERSONAL BRANDING dan sebagainya dengan tujuaan supaya orang cepat kenal dan tahu kita siapa? Tetapi setiap kali wujud rasa ingin ke kelas ada sahaja yang menghalang saya dari menghadirinya, bukan sekali malah berkali-kali ianya terjadi.

Saya mula menyalahkan keadaan diri saya sendiri, fikiran saya mengatakan saya bernasib malang, dan saya tidak mungkin akan berjaya sampai bila-bila.

Benarlah perancangan ALLAH Maha Hebat, rupa-rupanya saya akan berjumpa Nota ILMU EMAS semula. Allahuakbar tak terucap syukur apabila Kasih Sayang Allah melangkaui segalaNYa. Allah bantu saya apabila saya mula menunjukkan sikap menghargai sesuatu agaknya.

Sikap yang tak mungkin saya akan lalui kalau tidak kerana saya mahu beri perhatian terhadap penulisan blog saya ini. Saya mula memastikan tempat kerja saya sentiasa bersih dan kemas serta teratur kemas.

Baiklah cukuplah saya kongsikan perasaan teruja saya menjumpai NOTA EMAS saya ini, izinkan saya berkongsi ilmu ini agar saya serta sahabat blog saya juga akan mendapat manafaat bersama.



4 Perkara Penting ini sebenarnya adalah asas dalam memulakan apa-apa perniagaan mahupun produk? Ianya asas yang perlu kita mahirkan untuk memastikan kita benar-benar telah bersedia untuk bergelar USAHAWAN dalam bidang tersebut.

Ianya sangat lah biasa untuk kita ketahui, malah saya jamin semua orang hampir mengetahuinya, cuma yang membezakannya adalah PROSES 4 perkara ini berlaku.
  1.  Orang Nampak Iklan Produk Kita
  2.  Orang Mula Tahu Produk KIta
  3.  Orang Suka Tengok Produk Kita
  4.  Orang Dah Start Percaya Produk Kita
Sesiapa yang ternampak apa yang saya nyatakan ini sudah pastikan akan berfikir dimanakah ISTIMEWAnya perkara tersebut bukan? Ianya nampak biasa-biasa sahaja bukan? Ya saya juga tidak terkecuali untuk berfikir seperti kalian semua sebelum ini.

Tetapi apabila GURU saya berkongsikan perkataan PROSES untuk memastikan 4 perkara tadi tercapai dengan jayanya, saya sudah melopong. Kerana saat inilah kalau tanpa ilmu dan bimbingan MENTOR atau GURU pasti kita akan tersesat dan jatuh tersungkur menanti mengulung tikar perniagaan kita.

Saya terangkan mengenai perkara NAMPAK, di sini sahaja kita perlu tahu apa sebenarnya kekuatan yang kita ada, baik dari segi ilmu, modal dan sokongan pasukan. Kerana untuk memastikan PRODUK/PERNIAGAAN kita nampak kelihatan, sebagai pemilik perniagaan haruslah bersedia untuk berani dan membenarkan ianya dilihat, sama ada cepat atau lambat, sama ada berbayar atau percuma.

Sekiranya pemilik mempunyai modal perniagaan dan pasukan yang lengkap dengan ILMU semasa, saya JAMIN hanya dengan sekelip mata sahaj produk kita akan menural atau dipanggil 'VIRAL'. Tetapi sekiranya kita tiada semua itu dan hanya bergantung kepada minima semua keadaan makanya perniagaan/ produk pemilik tersebut akan mengalami fasa lambat untuk nampak dilihat..

Begitulah apabila orang atau pelanggan sudah mula nampak iklan produk atau perkhidmatan yang diniagakan, mereka pasti akan wujud perasaan ingin TAHU lanjut apa yang mereka telah nampak tadi. Saat ini pemilik kena pastikan membekalkan pelbagai jenis maklumat, tip, mengenai produk tersebut. Jangan sesekali membiarkan pelanggan singgah tanpa benar-benar TAHU apa yang kita niagakan. 

Apabila sudah tahu kebanyakkan pelanggan sudah mula timbul rasa SUKA, saat inilah pentingnya pasukan jualan atau 'Sales Team' menjalankan seluruh kepakaran mereka untuk mendapatkan jualan bagi pihak pemilik. Kerana ketika ini para pelanggan sudah benar-benar mahukan produk atau perkhidmatan anda.

Sekiranya pelanggan masih susah untuk membayar produk atau perkhidmatan yang anda sediakan, saya cadangkan anda sebagai pemilik perniagaan untuk memeriksa semula keseluruhan bahan permasaran yang telah dilakukan, kerana sekiranya anda dan pasukan sudah berjaya membuat mereka PERCAYA, saya pasti pelanggan pasti tidak akan berkira langsung untuk membayar walau apa pun harga yang dinyatakan.

Saya sudah pun membuktikan keempat 'TIPS N.T.S.P' amatlah baik untuk semua jenis perniagaan, kerana kalau asas pun tidak mampu dikuasai apa ntah lagi sekiranya ilmu yang 'Advanced?'.  

Saya akhiri dengan satu kata perpatah guru saya "ILMU TANPA AMAL,SIA-SIA, AMAL TANPA ILMU, SESAT". Saya berharap sahabat yang sudah membaca catatan saya ini sebarkanlah ilmu yang baik ini untuk kebaikkan sahabat kita diluar sana. Kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan menerima, Inshaallah.



#SuriBeraniKaya

No comments

Powered by Blogger.