Belajar Di Kolej

Teks: Khadijah Abdul Khalim

Assalamualaikum

Sebut sahaja pasal zaman kolej, pasti ianya ada tersimpan pelbagai kenanagan pahit dan manis kepada sesiapa sahaja yang pernah memaluinya..

Pengalaman berkenalan dengan rakan-rakan baru yang datang dari pelbagai negeri membangkitkan keterujaan saya untuk meneruskan apa yang baru bermula. Teringat saya masa sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru, bermacam ragam dan kerenah saya dapat saksikan. Ada yang boleh kawal emosi dan ada juga tidak dapat mengawal emosi terpaksa berpisah dengan ahli keluarga.

Menangis, sedih jangan ceritalah emosi pada ketika ini, saya juga tidak terkecuali, emosi saya juga tidak menentu ketika ini. Tetapi bak kata perpatah "Alah bisa Tengal Biasa" mula-mula jer saya berasa sedih dan sedikit takut. selang beberapa hari saya dan rakan-rakan sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Rakan bilik saya terdiri dari 4orang termasuk saya, 2 orang dari Johor, seorang dari dari Kedah dan saya pula dari Perak. Alhamdulillah kesemua mereka amat baik dan menerima saya seadanya. Umur kami pulak tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Atas sebab itulah mungkin kami mudah mesra untuk bergelar rakan bilik.

Di antara banyak peserta pelajar kejururawatan BASIC 2/2001 adalah yang paling ramai iaitu seramai 250orang, Kelas kami terbahagi kepada 2 kelas bagi setiap sesi. Sesi Pagi dan Sesi Petang dan pada bulan ke 2 kami di sana, Pihak pengurusan telah mengarahkan kami diletakkan di dalam 1 kelas kuliah dan kami semua ditempatkan di dalam 1 dewan yang besar.

Terus terang saya katakan saya dan rakan-rakan tidak berasa selesa untuk belajar di sana, faktor terlalu ramai  dalam satu sesi mengakibatkan ada antara kami tidak boleh fokus untuk belajar.

MUZIUM JURURAWAT

No comments

Powered by Blogger.