5 Hobi Buat Kita Kelihatan Semakin Bijak
Teks: Khadijah Abdul Khalim
Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirrahmanirrahim
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
1. Senaman Kerap
Senaman adalah satu proses terapi semulajadi yang tidak memerlukan kos yang mahal pun, cukup 20-30 minit sehari dan dibuat 3-5 hari seminggu sudah memadai untuk kita mendapat tubuh badan yang sihat.
Senaman yang paling efektif adalah senaman pernafasan "Deep Breathing Execercise". Senaman ini mudah tetapi tidak terlalu ramai yang buat dengan cara yang betul.
Caranya adalah seperti berikut:-
- Berdiri tegak, pastikan keadaan senaman kita tidak terdapat benda-benda yang boleh menganggu contohnya bunyi yang bising dan sebagainya.
- Tarik nafas sedalam yang boleh melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut.
- pastikan ketika kita melakukan senaman ini otot perut kita mengempis danbahu kita dinaikan sedikit ke atas.
- Ulang 3 kali berturut-turut dan rehat 1 kali setiap kitaran dilakukan.
Apabila kita melakukan senaman ini seluruh anggota badan kita akan berada dalam keadaan yang releks, kerana ketika ini kita menyedut oksigen sedalam dan sebanyak yang boleh seluruh anggota badan kita terutamanya salur darah yang kecil juga menerima oksigen yang sepatutnya dari otot jantun, di mana seperti yang kita ketahui oksigen ini adalah seperti makanan buat anggota badan kita atau contoh yang lebih baik adalah sepeti minyak pada kereta. Di sinilah pentingnya senaman pernafasan ini dilakukan sekerap yang boleh.
2. Bermain Alat Muzik
Kebanyakkan kita boleh nampak golongan yang suka bermain alat muzik adalah golongan yang genius dalam matapelajaran. Ini kerana sewaktu kelas muzik berlangsung mereka diajar cara fokus yang betul. Apabila mereka kerap kali menggunakan otak untuk fokus kepada kelas muzik tersebut secara tidak langsung mereka telah meransang otak mereka untuk lebih fokus kepada perkara yang lain-lain. Contoh ahli muzik yang kita boleh perhatikan adalah Dato Ramli MS, lihat karekternya seorang yang sangat mahir menggunakan alatan muzik bukan? dan kalau dilhat perwatakkannya kita boleh nilai dengan mudah bahawa beliau sangat hebat dan genius sehingga beliau mampu menggalas tanggungjawab melahirkan penyanyi berbakat bukan? Mulai hari ini kita mungkin boleh mula menghantar anak-anak kita ke kelas muzik betul tak?
3. Bermain Permainan Video
Dahulu nya bermain permainan video ini digelarkan membuang masa, tetapi kini tidak lagi kerana DUNIA telah mengiktiraf mereka yang berkebolehan bermain permainan video ini. Antara tokoh "E GAMES MALAYSIA" adalah Fenrir’ Haziq boleh baca lanjut pada link ini. Malah sekarang telah banyak acara yang diaturkan untuk mereka yang benar-benar mahu menceburkan diri sebagai pemain video. Malah menteri sukan kita Syed Saddiq juga telah melancarkan ESM "E SPORT MALL" sebagai sokongan kepada mereka yang mahu memulakan kerjaya sebagai E GAMERS, boleh baca di sini
4. Belajar Bahasa Baru
Sebuah kajian telah dilakukan untuk membuktikan kesahihan fakta ini, University of Edinburgh di Skotlandia menunjukkan bahawa mempelajari bahasa asing memiliki efek positif pada otak, bahkan jika dipelajari ketika Anda sudah dewasa.
Meraka berjaya menemukan hasil otak yang mempelajari dua bahasa atau lebih dengan orang yang mempelajari hanya satu bahasa memiliki perbezaan yang ketara. Bahasa melibatkan fungsi otak kiri, iaitu otak yang dominan dan analitis dalam proses logik dan juga belahan kanan yang aktif dalam proses emosional dan sosial.
Penelitian juga menyatakan bahwa meningkatkan fungsi otak merupakan hal yang penting dilakukan dan mempelajari bahasa menjadi cara yang paling efektif dan praktis untuk mewujudkannya. Berbicara dan belajar bahasa asing membuat ingatan Anda tetap tajam dan mempertahankan otak Anda melawan penuaan. Haaa nampa tak cara nak kekal muda bagaimana?
5. Membaca
Sewaktu Rasulullah SAW mula menerima WAHYU yang pertama iaitu Surah IQRAQ dari ALLAH SWT, baginda juga telah di arahkan oleh ALLAH SWT melalui maklaikat JIBRIL iaitu BACALAH, BACALAH, BACALAH. Ini menunujukkan apabila kita kerap membaca kita akan mengaktifkan fungsi otak yang ALLAH kurniakan dengan cara yang betul. semakin kerap kita membaca semakin keraplah kita mengasah otak kita supaya berlajar berfikir untuk perkara yang kita perlu fahami hasil dari bacaan tersebut.
Otak kita terdiri dari 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan bahagian kanan. Apabila keduanya diaktifkan maka otak kita mampu mentafsirkan keadaan yang benar atau salah dengan lebih tepat kerana terdapat banyak maklumat telah dibaca, berbanding mereka yang malas membaca, ianya pasti akan mengheret seseorang itu ke lembah kekusutan kerana gagal untuk membuat keputusan yang benar-benar berkesan pada ketika keadaan tersebut.
Semoga dengan perkongsian saya kali ini juga membuatkan sahabat saya boleh berubah ke arah yang lebih baik untuk masa akan datang Saya juga menulis untuk diri saya sendiri supaya tidak melupakan apa yang perlu saya amalkan untuk dapatkan kehidupan yang lebih bijak.
#SuriBeraniKaya
Leave a Comment