29hb November 2018 ABAHKU PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA
Teks: Khadijah Abdul Khalim
Assalamualaikum Wr. Wb
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirrahmanirrahim
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
PERGIMU TIADA PENGANTI
HADIRMU MEMBAWA ERTI
ABDUL KHALIM BIN ABDDULAH SANI
20hb September 1954 - 29hb November 2018
Abah...
Setinggi-tinggi penghargaan buatmu Abah
Atas seluruh cinta luhur yang kau curahkan
Segala tulus perjuangan dan pengorbananmu
Yang takkan pernah terkira
Terima kasih atas semuanya Abah
Kini aku sungguh benar merinduimu
Rindu kesemua senyum bibirmu
Rindu kesemua sinar di matamu
Rindu saat-saat indah bersamamu
Rindu luasnya lautan kasih sayangmu
Abah...
Ingin rasanya aku berjumpa denganmu
Walau sekadar dalam mimpi-mimpiku
Walaupun hanya memandang wajahmu
Ya Allah...
Aku redha dengan pemergian Abah
Biarpun ku tempuhi hari mendatang kehilangannya
Aku sedar Abah milik-Mu
Dan aku terima Abah telah kembali kepada-Mu
Jagalah dia selalu Ya Tuhanku
Bahagiakan dia di sisi-Mu
Kerana dia adalah abah terbaikku
Selamat beristirehat Abah
Aku tahu Abah bahagia di sana
Semoga kita dapat berkumpul lagi di syurga-Nya
Nantikanlah aku Abah...
Abah...
Ingin rasanya aku berjumpa denganmu
Walau sekadar dalam mimpi-mimpiku
Walaupun hanya memandang wajahmu
Merawat rindu di hati ini
AL-FATIHAH untukmu Abah..
ABAH PERGI DEPAN MATA
Abah pergi depan mataku, perginya tiba-tiba tanpaku sangka-sangka. Tarikh 29hb November 2018 adalah tarikh yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Kisah ini aku kongsikan dalam blog ini supaya ianya akan menjadi satu-satu tempat untuk ku sebarkan keadaan saat-saat terakhir arwah bersamaku.
Pada awal pagi hari tersebut arwah kelihatan sedikit lemah, katanya semalam arwah abah demam, aku ambil thermometer untuk periksa suhu badannya, ternyata suhu bacaan menunjukkan 34.5°C. Aku katakan dalam nada gurau "ini bukan demam bah, ini nak naik ke genting!". Allahukabar ternyata Allah sudah berikan tanda awal untuk aku perhatikan tetapi aku hanya manusia biasa yang ditutup kasyafku untuk aku melihat apa yang mahu Allah tunjukkan, ternyata aku tidak nampak apa-apa yang luar biasa langsung, Abah pula seperti biasa bersembang, bersarapan roti prata dan susu suamnya yang ku letakkan dalam PLUS supaya susunya kekal panas.(saatku balik dari hospital ke rumah masih suam lagi baki susu yang arwah minum pagi tadi).😥
MENGHANTAR KUCING BERKAHWIN
Pada hari tersebut aku dan keluarga bercadang nak menghantar kucing ku berkahwin di semenyih selangor. Abah seperti biasa mengikut ke mana sahaja yang ku cadangkan. Ketika di dalam kereta abah seperti biasa bersembang, melayan cucu-cucunya yang juga duduk dibelakang bersamanya. Tiba di stesyen minyak anak-anak ku haus dan mintak dibeli kan air minuman, abah juga berpesan untuk dibelikan air kotak TEH BUNGA. Kami meneruskan perjalanan dan abah juga masa ini tidak menunjukkan apa-apa lagi tanda, ku tanya kan pada abah, macam mana rasa badan, katanya dah ok dah.
OK.. abah ku ni satu jenis orang yang TAK OK pun dia akan kata OK. tapi aku kerap kali bertegas padanya kalau apa-apa cakap jangan diam jer..jangan senyap-senyap tahan sakit pulak, abah ku membalas "ye ye ye..apa-apa abah bagitahu".
Setelah 1 jam permanduan aku sampai ke rumah tuan kucing yang akan ku kahwin kan dengan kucing aku jenis RAGDOLL masih teringat gurauan abahku kahwinkan kucing lagi mahal dari kahwinkan orang!! Memang betul nilai yang aku harus bayar untuk kahwinkan kucing ku adalah sekitar RM400, tak pe lah kataku, nanti adalah rezeki yang ALLAH nak beri lain tu nanti.
Selesai urusanku menghantar kucingku itu aku dan keluarga terus keluar nak mencari makanan, yelah masa tu dah dekat pukul 3petang kami sekeluarga tak makan lagi, memang masing-masing dah lapar.
Saat keluar dari rumah tersebut tiba-tiba hujan panas turun. Ku ulang tiba-tiba! Allahuakbar saat itu aku langsung tak fikirkan apa-apa yang boleh ku lihat sebagai tanda yang ALLAH nak tunjukkan..
Masa ini aku tidak teringat langsung pesan orang tua-tua, kata mereka kalau hujan panas tiba-tiba ada orang nak meninggal..ALLAHUAKBAR sejujurnya aku tak mahu percaya benda yang syirik begitu..itulah sebabnya aku langsung tidak terfikirkan apa-apa ketika itu.
Ketika ini aku pesan pada suamiku supaya tutupkan kepala abahku dengan jacket supaya abah tak terkena hujan, yelah pagi tadikan abah demam, tak nak lah nanti melarat pulak. Setelah semua nya naik ke kereta kami meneruskan perjalanan untuk mengisi perut yang kelaparan.
MENCARI MAKANAN TENGAH HARI MERANGKAP KE PETANG
Dalam perjalanan mencari makanan abah kelihatan ok dan tidak menunjukkan apa-apa tanda sakit dan sebagainya. Tiba kami di satu kedai makanan Daging Salai, tetapi masakkan nya dah habis dan kami mula mencari kedai makanan yang lain.
Tiba-tiba suami ku mengajak aku ke kedai kawannya di Bangi katanya dah dekat sangat, aku ye kan sahaj, abah juga begitu. Dalam pukul 4 petang kami pun sampai, saat ini hujan masih lagi turun renyai-renyai.
Setelah semua memesan makanan kira-kira pukul 4.15petang tibalah saat nya kami menjamu selera menu masakan orang negeri sembilan Masak Lomak Cili Padi Daging Salai.
Abah berselera makan masakan tu, cuma abah tak larat nak habiskan nasinya separuh, ditolakkan padaku untuk habiskan makanan tersebut. Aku sepeti biasa ok je lah kan lagi pun aku memang lapar saat tu. Abah pulak menghabiskan segelas air suam setelah selesai makan, kemudian abah memesan air suam tambahan teringat lagi suaranya memesan, "YOB air SUAM segelas", suamiku bergurau dengan abahku ketika itu, abah ini orang minang bah.. panggil JANG, YOB diaorang mana tahu?! Abahku pun mengikutlah gurauan suamiku tu dengan kata-kata "JANG AIR SUAM SATU".. tak lama kemudian air suam tersebut sampai, abah pun terus minum tapi sebelum tu aku cakap pada bah, abah panas tak air tu, kang minum lebur pulak mulut tu panas. Abah ku kata OK ni..
ABAH REBAH
Aku pun meneruskan makan makanan berbaki tiba-tiba suamiku bertanya pada abahku.. "ABAH OK TAK?" ketika ini keadaan abahku dah menunduk ke bawah sambil air hidungnya terkeluar, fikiran ku mungkin tersedak kut. Sempat abahku disamput oleh suamiku dari kerusi yang abahku duduk, saat ini abahku dah tak sedar, ku cuba untuk panggil tetapi tiada 'respon' dari abah. Aku cuba untuk beri GTN padanya tapi tak berkesan keran abah tak sedarkan diri dah saat itu.
Dalam kekalutan itu kami semua bertanya kan HOSPITAL yang terdekat pada budak-budak kedai makan tersebut, katanya tak jauh 5minit dari kedai, mereka beramai-ramai tolong menganggkat abahku ke kereta.
Saat ini aku dibelakang dengan abah..anak-anakku semua terdiam tidak bersuara, agaknya mereka faham apa yang sedang berlaku. Aku terus menerus memanggil abah ku.. tetapi tiada respon apa-apa. Ku cuba rasakan denyutan nadinya tetapi tiada denyutan dirasai, ku cuba lihat anak mata abahku sudah menunjukkan 9/10. Saat ini aku tak terfikir langsung untuk melakukan CPR atau lain-lain.ALLAHUAKBAR.. padahal aku pernah belajar cara-cara melakukan pertolongan cemas, tapi saat itu ALLAH tidak pinjamkan aku kewarasan untuk aku berfikir dan bertindak apa yang perlunya. Sehingga ke saat ini aku menyesal..menyesal dan pernah menyalahkan diri dan takdir..
ALLAH MAHA KAYA dipinjamkan aku suami dan keluarga yang kuat Imannya, mereka sabarkan aku dan sedarkan aku bahawa semua nya adalah ketentuaan ALALH SWT..ALLAH MAHA TAHU YANG TERBAIK buat abah saat itu.
TIBA DI HOSPITAL BAHAGIAN KECEMASAN
Kurang dari 5 minit suami ku sampai di depan HOSPITAL AR ZAHRA SPECIALIST BANGI, di angkat kan abahku terus ke bahagian KECEMASAN.. para pertugas terus mengambil tempat untuk cuba menyelamatkan abahku.
Allahuakbar aku sendiri tidak berani untuk meletakkan sebarang harapan pada abah ketika ini..kerana mengikut pengalamanku ianya susah untuk dipulihkan dengan keadaan abahku yang mempunyai sakit jantung yang kronik. lagi pulak di dalam kereta juga aku tidak merasai apa-apa yang boleh menguatkan bahawa abah boleh diselamatkan..
Kurang dari dari 15minit mereka di dalam bilik resus, doktor yang bertugas keluar memaklumkan bahawa mereka cuba untuk mendapatkan denyutan jantung abah aku.. bacaan BP abah ku tdah berjaya mereka dapat, cuma perlu bacaan jantung sahaja lagi.. Aku hanya mengiyakan kan sahaja kata-kata mereka..Padahal aku tahu ianya adalah kesan dari ubatan adrenallin yang diberikan.. ALLAHUAKBAR.. "permainan apakah ini".. rintih aku sendiri..
Lihatlah tiada apa-apa pun tanda kesakitan dan sebagai saat ini bukan? Arwah menghabiskan separuh dari nasi di atas..kiranya bagi orang yang sakit jantung itu dikira berselera tau?
Gambar ini adalah gambar terakhirku rakamkan pada pukul 4.28pm.. masa ini abah baru nak menjamu selera, kira-kira pukul 4.50petang abah tiba-tiba rebah, dan proses ke hospital lebih kurang 5minit dan abah mula di RESUS pukul 5petang.
Pada pukul 5.30petang doktor sekali lagi keluar untuk memaklukan pada aku dan suami keadaan abah, di khabarkan bahawa mereka cuba untuk menyelamatkan abah sejam iaitu dari pukul 5petang hingga pukul 6petang..sekiranya selepas dari itu sekiranya masih tiada tanda positif dari abah, mereka minta aku banyak kan bersabar dan berdoa.
Tipulah kalau aku tak mahu mengharapkan apa-apa keajaiban dari ALLAH berlaku tetapi dengan pengetahuan perubatan aku yang sedikit ini, aku merasakan susah untuk abah aku SURVIVE dari tempoh ini dengan keadaan semasanya ketika itu.
Kadang-kadang aku mahu menjadi orang biasa yang tidak tahu apa-apa mengenai perubatan ini.. Tetapi siapalah aku untuk melawan takdir ALLAH tepat pukul 6petang doktor bius yang bertanggungjawab ke atas abah ku keluar bertemu aku dan suami memaklumkan abah tidak dapat diselamatkan dan ku tanya kan sebab kematian abah ketika itu adalah SERANGAN JANTUNG.
ALLAHUAKBAR.. tiada kata-kata dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini, aku dan suami berpelukkan untuk masing-masing cuba mendapatkan ketabahan antara satu sama lain..Aku tak tahu apa yang aku fikir saat ini.. terasa ALLAH mempermainkan aku.. kerana baru sekejap tadi abah makan di depan aku dan sekarang hanya sekujur jasad yang tidak bernyawa..
Setelah agak reda aku menelefon adikku dkampung memaklumkan bahawa abah kami telah pergi buat selama-lamanya... meraunglah kami yang berdua beradik ini.. Iya.. kami hanya berdua beradik yang telah pun rasmi menjadi YATIM PIATU pada hari itu..
Sesungguhnya ALLAH yang MAHA TAHU apa yang sebenarnya kami hadapi..SEDIH..PILU..TAK PERCAYA..MENYALAHKAN TAKDIR..semuanya bercampur aduk.
TANDA AWAL YANG ALLAH SUDAH BERI TETAPI KAMI TIDAK NAMPAK
2 hari sebelum abah menghembuskan nafasnya terakhir abah telah pun dimasukkan ke wad kecemasan HKL sebab dapat serangan MILD STROKE..
abah ketika di HKL pada 26hb November - 27hb November 2018
Benarlah kata-kata ALLAH "MATI ITU RAHSIA YANG KURAHSIAKAN". TIDAK TERLEWAT TIDAK TERAWAL WALAU SESAAT".
Pada 27hb lebih kurang pukul 4petang abah aku telah disahkan oleh doktor bahawa tiada apa yang merisaukan keadaannya ketika ini.. Abahku telah dibenarkan pulang ke rumah dan teruskan rawatan ubatan jantung sedia ada.. Ketika ini adik ku telah pun sampai dari Sabak Bernam untuk melihat sendiri keadaan abah aku.
ZIARAH KE RUMAH ABANG KANDUNG DI BANTING
Kami 2 beradik menjaga abah dirumah..dan abah juga ok dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang boleh dibimbangkan.. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah abang abahku di Banting Selangor, pada malam tersebut abahku mengenakan pakaian baju melayu lengkap, lazimnya hanya berbaju melayu berseluar jean.. tapi malam itu abah ku kata dengan nada bergurau nak berkahwin..memang kebiasaanya abah aku ni jenis suka melawak..jadi sekali lagi aku tidak nampak apa-apa yang luar biasanya ketika itu.
kenangan abah bersama aku dan adikku
Aku seperti biasa hanya melayan abah macam sebelum-belum ini, abah kelihatan bersemangat sangat nak jumpa abangnya itu. Tiba di sana mereka bersembang adik beradik sambil makan-makan, dan sudah pasti semuanya kelihatan ok.
Dan kata mereka nak balik ke kampung bersama pada 1hb Disember 2018 nanti, ternyata permintan terakhir abah aku ALLAH izinkan berlaku tetapi bezanya kali ini abahku ditemani oleh abang nya sendiri dari Hospital ke Kuala Kangsar Perak dalam keadaan yang tidak bernyawa lagi..😭😭😭
Van Jenazah Yang menjadi pengangkutan terakhir abahku dalam perjalanan pulang ke kampung Kota Lama Kiri Kuala Kangsar Perak.
Aku sambung semula kisah kami di banting ye.. Lebih kurang pukul 11.30malam kami berangkat pulang ke rumah kami.. abah tak lama sampai ke rumah arwah sempat qada solat isyak kemudian arwah terus masuk tidur. Adikku juga begitu cuma aku dan suami sahaja tidur lewat sedikit pada malam tersebut. Seperti biasa abah ku pada pukul 4.30pagi akan bangun kencing disebabkan ubatan jantung yang dimakannya. lebih kurang 3-5 kali arwah akan bangun kalau on ubat tersebut. Aku seperti biasa tidak nampak apa-apa kelainan kerana itu adalah kebiasaan buatnya.
Pagi tu bangun abah ku sempat bersarapan mee goreng yang dimasak oleh adikku sebelum dia pulang ke Sabak Bernam kerana katanya dapat cuti 1 hari sahaja. sebelum pulang adikku sempat masakkan masakan Tom Yam buat kami sekeluarga.. Memang kebiasaan adikku suka memasak. Abah ku menghantar adikku ke bawah LOBI pada pukul 11.30am bersama anak-anakku (aku panggilkan GRAB) untuk ke PUDU..
Kebiasaanya Abahku jarang turun ke bawah lama-lama, tapi pada hari tersebut katanya saja nak pusing-pusing kawasan dengan cucu-cucu..Aku hanya biarkan sahaja lah lagi pun bukannya luar kawasan rumah..kan..
Setelah 1 jam abah ku naik ke atas bersama dengan anak-anakku, riuh anak-anakku bercerita atuk bawak jalan-jalan, pusing-pusing kat kolam.. ALLAHUAKBAR memanglah ianya bukan kebiasaan yang abah aku akan buat ketika dia datang kesini.. tapi bagiku apa salahnya kan kalau itu boleh mengembirakannya..Kemudiaan abah ku masuk ke bilik dan menunaikan solat ZOHOR, aku tanya kan nak makan ke.. ada TOM YAM adikku masak.. abahku membalas.."biarlah dulu abah nak tidur, lagipun kenyang lagi makan Mee Goreng tadi".
Aku pun membiarkan nya tidur, lebih kurang pukul 4.15petang abah ku kata nak makan nasi.. aku pun menghidangkan dan teman nya makan bersama-sama.. Abah macam biasa makan dengan penuh berselera.. selesai makan abah rehat melayan cucu-cucunya sambil menonton televisyen.
BERSELERA MENJAMAH PULUT MANGGA
Tepat pukul 9malam suami ku mengajak makan di luar, kali ini kami pergi ke Kampung Baru, nak makan ikan singgang, tapi abah nak makan nasi goreng. sebelum tu abah makan pulut mangga.. berselera sampai bertambah pulutnya..
ALLAHUAKBAR sejujurnya tiada apa yang lain untuk aku khuatirkan akan sebarang perubahan abah ketika ini.. Kemudian kami balik ke rumah dan abah tetap tunaikan solat sebelum arwah masuk tidur. Jarang aku lihat arwah tidur tanpa bersolat dahulu..
28hb November 2018 adalah menjadi malam yang terakhir abah ku bermalam sebagai Hamba ALLAH yang bernyawa kerana pada 29hb November 2018 @ 6petang abahku ABDUL KHALIM BIN ABDULLAH SANI telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..pada umur 64tahun.
ALLAH BERI PELUANG UNTUK AKU MEMANDIKAN JASAD DAN MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG YANG TERAKHIR BUAT ABAHKU
Tidak terlintas dalam fikiran ku yang aku mandikan buat kali terakhir ini adalah jasad abahku..Sumpah Wallah abahku seakan-akan seperti orang yang tidur.. Riak wajah nya senyum langsung tidak nampak bahawa abahku telah menjadi arwah..😭😭😭 ketika itu, sepanjang saat aku memandikan abah aku bercakap-cakap dengan arwah, kataku abah tidurlah..dah lama kan sakit.. rehat puas-puas tau..jangan risau kan hal dunia dah..sambil tu aku terus mandikan abah sehingga selesai..
Kemudian tibalah saat abah dikafankan..ketika ini anak aku menangis nak menyusu..aku selesaikan tanggungjawab aku kepada anak ku dahulu sehingga aku terlelap sekejap..Tiba-tiba aku terkejut apabila namaku dipanggil..oleh suamiku.. rupa-rupanya jasad abah sudah sempurna siap dikafankan oleh mereka..
ALLAHUAKBAR.. sekali lagi aku boleh katakan abahku tersangatlah kacak dengan persalinan terakhirnya.. rupanya memang seperti sedang tidur sambil tersenyum..Terima kasih ALLAH kerana memudahkan segala urusan terakhir abahku..
DIKEBUMIKAN PADA SEBELUM SOLAT JUMAAT
Pada pukul 10.30am tibalah jasad abahku nak dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan di WAKAF RIMBA PIATU KOTA LAMA KIRI.. iaitu tanah kelahiran abahku sendiri..begitu indah perancangan ALLAH SWT kerana arwah abahku antara yang terpilih dikebumikan pada sebelum bermula solat JUMAAT. SUBHANALLAH
Benarlah kata orang-orang HEBAT, meninggal hari JUMAAT ni bukan boleh kita minta-minta, ianya kurnia dari ALLAH sendiri.. Biarpun punyai wang berjuta pun belum tentu ALLAH izinkan bukan? Terima kasih ALLAH kerana mengangkat darjat abahku buat kali terakhir dengan kurniaanMU.
Semoga ALLAH perlihara abahku DUNIA dan AKHIRAT dengan KASIH SAYANG NYA.
SEDEKAH PESANAN TERAKHIR ABAH
Ku kongsikan lagi saat terakhir ketika didalam kereta arwah ada berpesan untuk bersedekah kepada individu tertentu yang siap sedia arwah namakan.. SUBHANALLAH perancangan ALLAH AMAT BAIK.. In sha allah akan aku ingat dan simpan kemas-kemas supaya ianya dapat menjadi bekalan arwah di sana..
💖 💖 💖 Andai ku boleh ulang semula, tak kan ku biar apa sahaja yang ku kesal terjadi.. Tetapi syukur Allah kurniakan aku akal yang boleh menerima semua ini adalah ketentuan ALLAH yang MAHA TERBAIK.. semoga allah memelihara ROH abah ku dengan penuh Kasih SayangNYA..
Hari ini genap 16hari abahku pulang dijemput ILAHI.
Gambar Kenangan Arwah Ketika Mengerjakan Umrah pada tahun 2014, doakan tahun 2019 arwah dapat Upah Haji pula ye sahabat-sahabat 💖 💖 💖
Terima kasih Allah kerana meminjamkan abahku untuk 38tahun ini.. Semoga segala yang berlaku menjadi asbab kebaikan..
bersemadilah wahai abah kesayangan semua.
AL FATIHAH..
#SuriBeraniKaya
Leave a Comment